Best STP/ECN Foreign Exchange ProviderEUROPEANCEO AWARDS 2013

Prinsip privasi perdagangan forex

Prinsip privasi ini menerangkan maklumat pelanggan (tidak umum)yang kami kumpulkan serta kekalkan (contohnya nama penuh pelanggan, alamat rumah, nombor kad pengenalan, pasport, lesen memandu dan maklumat yang lain).

Jika maklumat diberikan kepada kami, ini bermaksud anda bersetuju dengan cara pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan maklumat kami seperti yang diterangkan.

Bilakah kami mengumpulkan maklumat anda?

Kami akan mengumpulkan maklumat anda setelah: (a) anda membuka sebuah akaun dan mengisi maklumat pada borang pendaftaran elektronik;(b) anda berurus niaga dengan kami, termasuk pada masa anda menyimpan dan mengeluarkan deposit anda.

Bagaimanakah kami mengumpul maklumat?

Anda boleh terus memberikan kebanyakan maklumat yang kami perlukan. Anda dapat berbuat demikian dengan mengisi borang elektronik yang kami sediakan di laman web kami. Anda boleh juga memberikan dokumen-dokumen lain yang diperlukan dengan sukarela. Selain itu, anda boleh menyediakan maklumat kepada kami apabila anda berdagang melalui sistem kami, hubungi kami ataupun semasa anda membuat respons kepada promosi kami. Maklumat yang kami kumpulkan secara tidak langsung termasuk alamat Internet Protocol (IP), konfigurasi perisian, sistem operasi dan Cookies yang digunakan; Cookies merupakan fail kecil yang dihantar daripada kami ke komputer anda dan kadang kala di sebaliknya. Cookies dapat membantu kami untuk memperbaiki navigasi anda dan kemudahan penggunaan laman web kami. Cookies tidak mengandungi sebarang maklumat peribadi anda.

Bagaimanakah kami menggunakan maklumat yang dikumpul?

Penggunaan maklumat

Kami menggunakan maklumat peribadi anda yang diperlukan untuk memberikan anda perkhidmatan yang berkualiti dan selamat. Sebagai contoh, kami menggunakan maklumat yang dikumpul untuk mengesahkan identiti anda. Kami juga menggunakan maklumat tersebut untuk menubuhkan dan menyediakan akaun dagangan anda, mengeluarkan nombor akaun, mengeluarkan kata kunci, log aktiviti anda dan hubungi anda pada bila-bila masa. Maklumat tersebut membantu kami untuk memperbaiki perkhidmatan kami, menyesuaikan pengalaman pelayaran anda dan memberitahu anda tentang produk-produk, perkhidmatan atau promosi tambahan yang mungkin menarik minat anda. Sekiranya anda pernah menyahaktifkan akaun anda dengan kami, kami akan menyimpankan maklumat anda dalam fail. Maklumat tersebut hanya digunakan mengikut peruntukan peraturan. Selain itu, kami akan menghubungi anda sekali-sekala untuk bertanya tentang pilihan anda sama ada mahu mengaktifkan semula akaun anda ataupun tidak. Sila ambil perhatian, anda boleh memilih untuk keluar daripada prinsip-prinsip perkongsian maklumat kami pada bila-bila masa dengan memberitahu kami tentang keinginan anda untuk berbuat demikian seperti yang diterangkan di bawah;

Perkongsian maklumat

Kami tidak mendedahkan atau berkongsi maklumat tentang mana-mana pengguna kami (sama ada pengguna yang aktif ataupun tidak) kepada mana-mana pihak ketiga yang berkaitan dengan anda ataupun tidak selain daripada terma yang dinyatakan di bawah:

Untuk pembekal perkhidmatan bagi tujuan pembukaan, operasi dan perkhidmatan akaun anda. Pembekal perkhidmatan termasuk peguam, akauntan, juruaudit, pihak kewangan dan profesional yang lain;

Untuk bertindak balas kepada sepina atau perintah mahkamah, proses kehakiman atak pihak berkuasa; dan

Untuk melindungi daripada penipuan, urus niaga yang tidak dibenarkan (seperti pengubahan wang haram), tuntutan dan liabiliti lain.

Kami tidak berkongsi maklumat kredit anda, seperti sejarah kredit, nilai bersih, atau maklumat pendapatan yang lain.

Keselamatan dan integriti maklumat

Kami melindungi maklumat anda dengan penggunaan teknologi keselamatan data dan alat-alat seperti firewall dan penyulitan data. Kami juga memerlukan anda untuk menggunakan kata laluan dan kata kunci peribadi setiap kali anda mengakses akaun anda atas talian (online). Kami mengehadkan akses kepada maklumat di pejabat-pejabat kami supaya hanya pegawai-pegawai dan/atau pekerja-pekerja yang perlukan maklumat tersebut dapat mengekseskannya.

Perubahan kepada Prinsip Privasi ini

Kami berhak untuk meminda semula, menyemak, mengubah suai, dan/atau mengubah Prinsip Privasi ini pada bila-bila masa. Sekiranya kami membuat keputusan untuk membuat apa-apa perubahan kepada prinsip privasi ini, kami akan memberitahu anda tentang perubahan tersebut dengan cara sama ada memaparkan notis di laman web kami untuk pandangan umum atau sebagai alternatif memberitahu anda melalui e-mel.

Pautan (Links)

Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web yang lain di internet. Kami tidak bertanggungjawab atas isi kandungan pada laman-laman ini atau apa-apa amalan privasi yang lain pada laman-laman internet ini. Anda perlu membaca terma-terma penggunaan dan penyata-penyata privasi bagi mana-mana laman web yang mempunyai pautan di laman web kami yang boleh mengumpulkan apa-apa maklumat melalui web. Terma-terma penggunaan kami dan prinsip privasi kami hanya terpakai kepada maklumat yang dikumpul oleh kami mengikut prinsip ini.

Mengemaskini maklumat anda

Sekiranya anda mendapati maklumat kami tidak tepat, sila maklumkan kepada kami dengan segera. Kami akan membuat siasatan tentang perkara tersebut dan membetulkannya secepat yang mungkin jika diperlukan.

Soalan-soalan

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai prinsip privasi kami, sila hubungi kami melalui support@bfsforex.com. Sila sertakan nama, alamat, e-mel dan nombor telefon anda.

Customer Agreement Terms of Business Trading and Execution Risks Leverage Privacy Policy Risk Disclosure Statement
Awards

BFSforex is a global financial services company, depending on its professional technology, automation features and low-threshold,to participate in the international foreign

exchange transactions,not only won the admiration of customers, but also won the praises by various circles of society , which is a shining star in the FX market.

* Note:rading on the Forex market involves significant risks, including complete possible loss of funds. Trading is not suitable for all investors and traders. By increasing leverage risk increases (Notice of Risk). The service is not available for US residents

BFSforex provides you with educational resources to help you become familiar with all the trading features and tools in the trading platform. With the BFSforex practice account you can test any trading strategies you wish in a risk-free environment. Please bear in mind that the results of the transactions of the practice account are virtual, and do not reflect to any real profit or loss or real trading environment, whereas market conditions may affect both the quotation and execution. Forex products are leveraged products and trading forex therefore involves a high level of risk that may not be suitable for everyone. BFSforex recommends that you ensure that you fully understand the risks involved before making any decision concerning BFSforex's products. Independent advice should be sought if necessary.

Register
Trading Office
Login
Trading Office
Download
BFSforex MT4